Wednesday, April 15, 2009

life is getting harder...


believe it or not,our life is getting harder and harder...setiap hari adalah mengenai perjuangan meneruskan hidup,untuk mencari masa depan yang lebih sempurna..kehidupan yang sempurna di mata manusia adalah berbeza mengikut individu..setiap orang ada perspektif yang tersendiri sama ada positif atau negatif.Kadang-kadang kita keliru sama ada hidup kita setiap individu baru bermula ataupun sedang berakhir.Seorang abang pernah berkata "permulaan HIDUP adalah MATI".Pelikan kalau kita fikir kelogikan tu? Kenapa hidup semakin hari semakin sukar? Kenapa bukan semakin hari semakin mudah? Tapi bagi yang memahami dan mengerti,kita akan bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan peluang untuk melihat terbitnya matahari pada waktu pagi dan terbenamnya ia pada petang hari..Bagi yang memahami maksud kesusahan hidup,tiada apa yang dapat diungkapkan kecuali linangan air mata kesyukuran terhadap IIahi...Kesyukuran yang tak terhingga terhadap rahmat yang diberi walaupun bukan sebesar gunung..

Kadang-kadang hidup akan lebih sukar jika kita hanya mengeluh tanpa diiringi sebarang usaha..Meratapi nasib diri bukanlah jalan yang terbaik tapi cubalah melangkah walaupun hanya setapak.Setidak-tidaknya kita tidak berada pada kedudukan yang lama,walaupun hanya seinci perbezaan itu adalah usaha ke arah yang lebih baik.

Friday, January 16, 2009

living a lie

macam mana kalau apa yang kita buat setiap hari adalah suatu pembohongan? kita jalani hidup tanpa sebarang soal . kita tak pasti dengan apa yang kita lakukan . ada yang kata pembohongan adalah untuk menyampaikan kebenaran . tapi yang pasti sama ada sedar ataupun tak , mungkin kita berbohong setiap hari . sama ada untuk menyampaikan kebenaran ataupun menyembunyikan suatu kelemahan . tapi macam mana kalau ada antara kita yang terpaksa hidup dalam pembohongan ? menyembunyikan kebenaran untuk diterima oleh masyarakat . tak ada langsung niat untuk menyakiti sesiapa . kebenaran mungkin akan melenyapkan segalanya . membuatkan kita kehilangan orang yang kita sayang ataupun cinta . macam mana kalau kebenaran mengubah apa yang kita kecapi . mengubah segala yang kita ada atau pernah ada .

yang pasti , tidak ada sesiapa pun yang mahu hidup dalam pembohongan . tapi kadang kala kita terpaksa . kita selalu berkata "susah sangat ke nak bercakap benar ? " .the truth is , yes it is hard . this is areal life and a real life not that easy . bagi yang terpaksa , mereka adalah insan-insan yang kuat jiwanya . kenapa kita perlu salahkan mereka sedangkan kita pun tak pernah nak ambil tahu . kita selalu salahkan mereka kerana berbohong . aku bukan nak menggalakkan pembohongan tapi kadang-kadang kita pun tak pernah nak ambik tahu kebenarannya .

Friday, November 14, 2008

iMpiAn...part 1



impian???? biasa je kan kalau dngar ayat ni...semua org ada impian,dari pengemis dt tepi kaki lima sampailah CEO syarikat2 multinasional or even lebih tinggi lg..who knows,rite?? bukan senang nak gapai impian setinggi gunung,hajat di hati nak mencuit bintang di langit tapi lampu jalan kat simpang tiga depan rumah tak tercapai..it takes lot of efforts..kdg2 sampai kena bersengkang mata,memerah keringat tulang empat kerat...tu pun belum tentu dapat sbb real life dun promise a certainaty...bagi anak muda,diorg impikan sesuatu yg kadang2 tak memadai dengan apa yg mereka usahakan,bukan la nak cakap tak ukur baju kat badan sendiri tapi anak muda kan?? aku pun kadang2 mcm tu jgk...tapi semua orang ada cara masing2,kan??
tapi dalam usaha mengukir impian diri,tak semua impian tu akan terukir kekal di atas kayu masa depan..kadang2 ada yang tak kesampaian,kadang2 ada yang mati di pertengahan jalan dan kadang2 ada jugak yang tak sempat nak melangkah dan tersungkur di permulaan jalan..bagi yang dah hampir menggapai impian,alhamdulilah tapi bagi yang tak sempat macam mana pulak??? mungkin dioranglah insan2 yang tersungkur di kaki2 lima bangunan perniagaan,rebah di bumi sendiri..taK mampu nak bangun semula sebab tak ada yang nak menghulurkan tangan..tertidur di bawah tangga bangunan2 lama,berselimutkan kotak2 lama..tapi tu realiti hidup yang kadang2 kejam tapi that's the truth of life...tak semua mampu untuk bangun semula,bangun semula dan mengutip kembali sisa2 harapan yang terjatuh di bahu2 jalan,di longkang2 busuk,di tepi tiang2 karat sebab tak mampu untuk bersihkan kembali harapan yang dulu di canang2 bahawa itulah masa depan AKU,KITA,MEREKA dan KAMI..

Thursday, November 13, 2008

looking for the rite one...PART 2


still looking for the rite one??? apa kata kita kecilkan skop perbincangan sbb kdg2 bila kita selalu bercakap pasal benda yg besar2,kita lupa benda2 kecil yg kadang lebih penting...kdg2 kita fikir tak ikat tali kasut pun xpe,selit je dlam kasut bukan ada org nak soal pun..kan??? benda apa yg kecil ytapi penting??? this is not about materials but an abstracts..benda yg kita thu tapi kita tak endahkan sbb myb bg certain people bwt apa nal fikir psl bnda2 ni kan?? bwt sakit kpala je kan??
pernah tak kita hargai org yg dekat dgn kita? mak ayah yg dekat umah,jiran sebelah umah,apek kedai kat depan umah ke,jiran blakang umah ke...pernah??? mngkin prnah tapi kita tak sedar dan mungkin tak pernah walaupun skali...kita slalu bertanya..bila la nak jumpa idaman hati??? anak muda tercari-cari,mak ayah merisik khabar,atuk nenek slalu bertanya " bila lagi ni???"....kadang2 bila byk sngat tengok cerita kat dalam tv,dalam movie...perrghhh,hati pun kata "kalau la aku pun macam tu" tapi kdang2 kita lupa...this is true life guys,that just in your dream....tapi kdg2 berlaku jugak kan,depend la kat rezeki orang tu kdg2..
people always said "treat everyone as nice as u could n appreciate them"....buat masa skrang myb xda effect tapi who knows mybe sooner or letter we'll face it...kawan baik,sahabat,best friend that's all the term that we use for some1 yg rapat dengan kita..tak kira la tua ke muda ke..pernah x kita terfikir mybe diorang la yg kita tercari-cari selama ni cuma kita tak tahu je..sbb kita selalu fikir yg org yg kita cari tu mesti la kita terjumpa or berjumpa dengan cara yg istimewa tapi kdg2 x pernah pun kan???

sooo guys, just appreciate people..be nice to everyone..then u'll found what u r looking for...maybe love,friendship,kekecewaan,kebahagian...itu semua asam garam kehidupan...

Tuesday, November 11, 2008

looking for the rite one..PART 1


Setiap hati kita mencari yang terbaik untuk diri kita.Baju yg terbaik utk keluar,seluar terbaik dipakai,makan dan minum untuk mengalas perut dan ntah apa2 lg.Budak kecik nak cari mainan yg paling best,remaja lg la byk..nak proper attire yg mantap..nak awek/pakwe yg yg terbaik..nak itu nak ini..mak ayah nak menantu yg terbaik untuk anak diorang..nenek n atuk nak cucu...setiap hati ada sj yg kita cari yg terbaik untuk diri kita..pencarian takkan habis sampai bila-bila selagi kita menyedut udara yang sama,berfikir dengan cara yang sama...tapi bagi sesetengah manusia bagi mereka cukuplah dengan apa yg ada selagi tak perlu mengemis di jalanan meminta simpati dan sedekah dari manusia yang tak dikenali..

Tapi ada sesuatu yang manusia sanggup untuk terus mencari sepanjang hayat..CINTA...mencari cinta yang kadang2 buat manusia gila,separuh mati,sanggup tak makan semata-mata kerana cinta yg diorang katkan adalah cinta sejati..cinta kdg2 buat manusia hilang arah,hilang pedoman dan hilang segala-galanya..sanggup buang keluarga,buang mak ayah yg menghalang hasrat hati dan tanpa kita sedar mungkin diorng adlah cinta sejati kita..

nm bru...

ni nm bru blog aku..sj je tkar...sape nak marah kan?????

exam..

hmmmmmm....exam2..tinggal 2 paper je lg..math n sains bahan..ni pos aku yg 2nd sbb yg 1st x smpat nak tulis sbb nak ujan..ye la,dah pinjam laptop owg,kat bilik mmber plak,so kna la bergegas balik sbb nak ujan..bju pun lupa nak angkat..aku xtau la nak tulis pe..nntil la ekk..bubye