Wednesday, April 15, 2009

life is getting harder...


believe it or not,our life is getting harder and harder...setiap hari adalah mengenai perjuangan meneruskan hidup,untuk mencari masa depan yang lebih sempurna..kehidupan yang sempurna di mata manusia adalah berbeza mengikut individu..setiap orang ada perspektif yang tersendiri sama ada positif atau negatif.Kadang-kadang kita keliru sama ada hidup kita setiap individu baru bermula ataupun sedang berakhir.Seorang abang pernah berkata "permulaan HIDUP adalah MATI".Pelikan kalau kita fikir kelogikan tu? Kenapa hidup semakin hari semakin sukar? Kenapa bukan semakin hari semakin mudah? Tapi bagi yang memahami dan mengerti,kita akan bersyukur kepada Tuhan kerana memberikan peluang untuk melihat terbitnya matahari pada waktu pagi dan terbenamnya ia pada petang hari..Bagi yang memahami maksud kesusahan hidup,tiada apa yang dapat diungkapkan kecuali linangan air mata kesyukuran terhadap IIahi...Kesyukuran yang tak terhingga terhadap rahmat yang diberi walaupun bukan sebesar gunung..

Kadang-kadang hidup akan lebih sukar jika kita hanya mengeluh tanpa diiringi sebarang usaha..Meratapi nasib diri bukanlah jalan yang terbaik tapi cubalah melangkah walaupun hanya setapak.Setidak-tidaknya kita tidak berada pada kedudukan yang lama,walaupun hanya seinci perbezaan itu adalah usaha ke arah yang lebih baik.

No comments: