Friday, November 14, 2008

iMpiAn...part 1



impian???? biasa je kan kalau dngar ayat ni...semua org ada impian,dari pengemis dt tepi kaki lima sampailah CEO syarikat2 multinasional or even lebih tinggi lg..who knows,rite?? bukan senang nak gapai impian setinggi gunung,hajat di hati nak mencuit bintang di langit tapi lampu jalan kat simpang tiga depan rumah tak tercapai..it takes lot of efforts..kdg2 sampai kena bersengkang mata,memerah keringat tulang empat kerat...tu pun belum tentu dapat sbb real life dun promise a certainaty...bagi anak muda,diorg impikan sesuatu yg kadang2 tak memadai dengan apa yg mereka usahakan,bukan la nak cakap tak ukur baju kat badan sendiri tapi anak muda kan?? aku pun kadang2 mcm tu jgk...tapi semua orang ada cara masing2,kan??
tapi dalam usaha mengukir impian diri,tak semua impian tu akan terukir kekal di atas kayu masa depan..kadang2 ada yang tak kesampaian,kadang2 ada yang mati di pertengahan jalan dan kadang2 ada jugak yang tak sempat nak melangkah dan tersungkur di permulaan jalan..bagi yang dah hampir menggapai impian,alhamdulilah tapi bagi yang tak sempat macam mana pulak??? mungkin dioranglah insan2 yang tersungkur di kaki2 lima bangunan perniagaan,rebah di bumi sendiri..taK mampu nak bangun semula sebab tak ada yang nak menghulurkan tangan..tertidur di bawah tangga bangunan2 lama,berselimutkan kotak2 lama..tapi tu realiti hidup yang kadang2 kejam tapi that's the truth of life...tak semua mampu untuk bangun semula,bangun semula dan mengutip kembali sisa2 harapan yang terjatuh di bahu2 jalan,di longkang2 busuk,di tepi tiang2 karat sebab tak mampu untuk bersihkan kembali harapan yang dulu di canang2 bahawa itulah masa depan AKU,KITA,MEREKA dan KAMI..

No comments: